mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2019 – Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet

 Tarikh    :   23 November 2019

 Masa      :   07.00 Pagi – 01.00 Petang

 Lokasi    :   Perkarangan Pusat Internet

 Peserta  :   63 Orang

Tujuan

Dengan menjalankan program seperti ini mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat, melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Program ini juga, bertujuan memberi info kesedaran berkenaan dengan penggunaan internet dan media sosial melalui program klik dengan bijak. Selain itu, tujuan program ini juga adalah memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti dan menggalakkan penggunaan aplikasi tersebut.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan pada program tersebut. Antaranya zumba bersama komuniti, pertandingan mewarna poster bagi kategori kanak-kanak, pertandingan word search bagi kategori sekolah rendah, pertandingan teka silang kata bagi kategori sekolah menengah, pertandingan kuiz online, pertandingan My Komuniti, My Place dan My Shop bagi kategori terbuka. Klinik Desa Kg. Pinggan-Pinggan juga dijemput untuk mengadakan pameran, saringan kesihatan dan ceramah kesihatan. Selain itu, usahawan Pusat Internet dijemput untuk membuat demo penyediaan sabun pencuci muka. Seramai 63 orang pengunjung datang untuk memeriahkan dan menjayakan program ini.

Gambar disini