|
Nama : Muhammad Ikhwan Bin Rusli Umur : 14 Tahun Ahli : 2019 |
Latar belakang
Muhammad Ikhwan Bin Rusli, 14, bersekolah di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas. Pelajar ini telah mendaftar menjadi ahli PI Pinggan-Pinggan pada 15 September 2019. Muhammad Ikhwan merupakan anak seorang nelayan yang latarbelakang keluarga adalah susah. Disebabkan persekitaran pelajar ini yang tidak mementingkan teknologi maklumat, pengetahuan mengenai komputer dan ict adalah sangat lemah.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum penglibatan PI, Muhammad Ikhwan sangat lemah dalam pengetahuan komputer.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI
Selepas penglibatan PI, Muhammad Ikhwan sedar akan kepentingan ilmu ict, dimana dia telah mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Kg. Pinggan-Pinggan bagi memudahkannya untuk mengikuti kelas komputer yang dianjurkan oleh PI.
Selama 12 bulan menjadi ahli PI, Muhammad Ikhwan telah mengikuti beberapa kelas komputer yang dianjurkan oleh PI Kg. Pinggan-Pinggan. Bermula dengan kelas asas komputer, kelas gmail dan kelas asas microsoft office. Selain itu, pelajar ini pernah mengikuti kelas suntingan imej siri 1 dan siri 2. Didalam kelas suntingan imej, Muhammad Ikhwan dan pelajar lain diperkenalkan dengan beberapa aplikasi dan perisian yang mudah untuk menyunting imej seperti adobe photoshop, CANVA, picsArt dan Snapseed. Pelajar ini juga pernah mengikuti beberapa taklimat advokasi klik dengan bijak yang telah mendedahkan tentang keselamatan dan etika-etika semasa melayari internet. Selain daripada kelas komputer, pelajar ini juga selalu mengikuti program yang dianjurkan oleh PI Kg. Pinggan-Pinggan seperti Hari Bersama Komuniti, Lestari ICT dan yang terbaru adalah pertandingan poster.