mcmc
Kisah Kejayaan

Digital Literasi Q3 2021 – Adik Faidhatul Qalesya Binti Ahmad Said

 

 Nama     : Adik Faidhatul Qalesya Binti Ahmad Said

 Umur     : 11 Tahun

 Ahli        : 2019

 

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Ain Faidhatul Qalesya, 11, bersekolah di SMK Pinggan-Pinggan, Pitas. Beliau telah mendaftar menjadi ahli PIK Pinggan-Pinggan pada 06 Mac 2019. Disebabkan akan kesedaran tentang kepentingan ICT dan dorongan daripada ibubapa, Ain Faidhatul telah mengambil keputusan untuk mengikuti kelas ICT yang dijalankan oleh PIK Kg. Pinggan-Pinggan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan PIK, adik Ain Faidhatul Qalesya sangat lemah dalam pengetahuan komputer.  

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas penglibatan PIK, adik Ain Faidhatul Qalesya telah banyak mendapat pendedahan tentang ICT terutamanya komputer. Adik Ain telah belajar beberapa perisian komputer seperti Microsoft Office, paint dan telah mengenali jenis-jenis perkakasan komputer. Adik Ain telah mahir menggunakan perisian Microsoft Word. Beliau telah boleh menghasilkan template sijil seperti sijil penghargaan, sijil perakuan dan pelbagai jenis template sijil. Adik Ain Faidhatul telah mengikuti beberapa kelas komputer bersiri seperti Pengenalan Kepada Asas Komputer, Microsoft Word I, II dan III, Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer dan Asas Paint. Pusat Internet Komuniti Kg. Pinggan-Pinggan juga pernah mengadakan kelas Kemahiran Menaip dimana adik Ain Faidhatul Qalesya turut sama mengikuti kelas tersebut. Didalam kelas tersebut, adik Ain Faidhatul telah mempelajari cara menaip menggunakan jari yang betul dan setelah kelas berakhir, adik Ain Faidhatul telah mahir dan tangkas menaip.

Selain kelas ICT, adik Ain Faidhatul juga selalu mengikuti taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak yang telah mendedahkan tentang keselamatan dan etika-etika semasa melayari internet. Adik Ain Faidhatul juga aktif untuk mengikuti proram-program yang dianjurkan oleh PIK Kg. Pinggan-Pinggan.

Sehingga kini, adik Ain Faidhatul masih aktif datang ke PIK untuk tujuan pembelajaran dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh PIK. Bahkan adik Ain Faidhatul juga sering menglibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh petugas PIK.