Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) merupakan projek kerajaan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pinggan-Pinggan merupakan Fasa 1Extension yang berpindah dari PJL Kg. Mempakad sebelumnya. Mula beroperasi pada 08 Ogos 2015. Disamping itu, tapak Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pinggan-Pinggan merupakan tempat yang strategik kerana berhampiran dengan Klinik 1Malaysia, Pejabat Pos, Kedai, Pasar, Sekolah dan Masjid akan memudahkan lagi komuniti untuk datang berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pinggan-Pinggan.
