mcmc
Kisah Kejayaan

Digital Literasi Q3 2019 – Wan Nurliyana Adila binti Marhawan

 Nama     : Wan Nurliyana Adila binti Marhawan

 Umur     : 11 Tahun

 Ahli        : 2019

 

 

 

 

 

 

Latar belakang

Adik Wan Nurliyana Adila binti Marhawan, 11, seorang pelajar tahun 4 dan bersekolah di SK. Pinggan-Pinggan, Pitas. Beliau merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Beliau sering ke PI untuk menonton kartun dan movie menggunakan youtube.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penglibatan PI, beliau tahu menggunakan komputer tetapi hanya untuk hiburan sahaja seperti bermain games dan menonton kartun/drama.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Selepas penglibatan PI, adik Wan Nurliyana menggunakan komputer bukan untuk bermain games atau menonton kartun tetapi telah menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran. Beliau telah mengikuti beberapa kelas komputer seperti pengenalan kepada asas komputer, pengenalan kepada perkakasan komputer dan asas microsoft office. 

Selain itu, beliau juga telah mengikuti beberapa taklimat advokasi klik dengan bijak yang telah mendedahkan beliau tentang keselamatan dan etika-etika semasa melayari internet.