|
Nama : Puan Murni Binti Sebok Umur : 45 Tahun Ahli : 2014 |
Bentuk Perniagaan Dan Latarbelakang
Puan Murni binti Sebok, 45, seorang ibu tunggal kini mempunyai pendapatan sendiri bagi menanggung sara hidup keluarga beliau. Ianya adalah hasil usaha keras dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menjalankan perniagaan tempahan jahitan baju beliau.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan kerana kurang promosi dan hanya ahli keluarga terdekat yang datang membuat tempahan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Bermula menjadi ahli PI dan beliau telah mengikuti beberapa kelas komputer seperti kelas pengenalan asas internet, kelas pengemaskinian data dan kelas pengenalan asas komputer dan lain-lain. Beliau juga pernah mengikuti kelas keusahawanan yang mendedahkan beliau kepada perniagaan secara online. Bukan itu sahaja, beliau juga dapat belajar menggunakan media sosial seperti facebook, whatsapp, mudah.my dan lain-lain dalam mempromosikan perkhidmatan tempahan baju.
Hasil pembelajaran di PI, beliau cuba untuk mempromosikan perkhidmatan jahitan baju menggunakanwhatsapp dan ianya mendapat sambutan. Ini kerana bukan hanya pada musim perayaan tetapi pada hari biasa pelanggan tetap datang. Peningkatan pendapatan beliau semakin bertambah setiap bulan.