|
Nama : Puan Norsiah Masingka Umur : 35 Tahun Ahli : 2019 |
Bentuk perniagaan dan latar belakang
Puan Norsiah Masingka, 35 tahun, berasal dari kampung Salimpodon. Beliau merupakan seorang penjawat awam. Jarak PI Kg. Pinggan-Pinggan dengan kampung beliau adalah 12.5km. Beliau menjalankan perniagaan menjual cookies dan kek secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan ICT
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan kerana kurang promosi. Beliau hanya mempromosikan cookies dan kek kepada ahli keluarga dan jiran terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan ICT
Selepas penglibatan PI, perniagaan cookies dan kek beliau semakin mendapat sambutan. Beliau hanya menggunakan satu platform online iaitu whatsapp untuk mempromosikan produk. Beliau juga bercadang menggunakan platform online seperti facebook dan instagram untuk mempromosikan produk cookies dan kek tersebut tetapi masih dalam proses pembelajaran. Pada masa ini, beliau masih datang ke PI untuk sentiasa meningkatkan ilmu tentang ICT dan media sosial. Beliau juga sering mengikuti program dan kelas yang dianjurkan oleh PI.