|
Nama : Encik Mohd Zaimat Bin Taloh Umur : 34 Tahun Ahli : 2017 |
Bentuk Perniagaan Dan Latarbelakang
Encik Mohd Zaimat bin Taloh, 34, menjalankan perniagaan menjual hasil-hasil tangkapan laut seperti ikan masin dan ikan bilis. Beliau merupakan seorang penjawat awam. Oleh kerana ingin memajukan diri, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, hasil jualan beliau kurang mendapat sambutan kerana beliau belum tahu bagaimana mengiklankan produk jualan kepada orang lain.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Setelah menjadi ahli, beliau tidak melepaskan keistimewaan yang diberikan sebagai ahli PI. Beliau selalu datang ke PI untuk mencari info tentang cara-cara berniaga menggunakan media sosial. Selain itu, beliau juga selalu mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI. Antara kelas yang pernah dihadiri adalah kelas asas internet, kelas asas berniaga di media sosial dan kelas asas facebook untuk perniagaan.
Selepas penglibatan PI, beliau telah memiliki facebook sendiri untuk mempromosikan produk ikan masin dan ikan bilis kepada pelanggan diluar persekitaran. Beliau juga menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram dalam proses jual beli produk kerana ia memudahkan dan mempercepatkan proses jual beli.