mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Q2 2019 – Puan Yusni Binti Tasin

 Nama     : Puan Yusni Binti Tasin

 Umur     : 42 Tahun

 Ahli        : 2009

 

 

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan Dan Latarbelakang

Puan Yusni binti Tasin, 42, menjalankan perniagaan menjual cookies secara kecil-kecilan. Jarak PI dengan rumah beliau adalah 5km. Oleh kerana ingin menigkatkan taraf hidup, beliau mengambil keputusan untuk menjadi usahawan.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan kerana kurang promosi dan hanya ahli keluarga terdekat yang datang membuat tempahan.

 

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah menjadi ahli, beliau selalu datang ke PI untuk mencari ilmu-ilmu perniagaan terutamanya ilmu berniaga di media sosial. Beliau juga selalu mengikuti kelas dan program yang dianjurkan oleh PI. Antara kelas yang pernah dihadiri beliau adalah kelas pengenalan kepada asas internet, pengenalan kepada asas media sosial dan pengenalan kepada mudah.my.

Selepas penglibatan PI, perniagaan cookies beliau semakin berkembang. Beliau menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram dalam mempromosikan cookies tersebut. Permintaan terhadap cookies beliau semakin bertambah apabila musim perayaan tiba. Cookies beliau juga sudah dikenali ramai. Beliau bercadang untuk mengedarkan cookies tersebut di kedai-kedai untuk memudahkan orang ramai mendapatkannya.