mcmc
Kisah Kejayaan

Keusahawanan Q3 2019 – Cik Efarissa Masibin

 Nama     : Cik Efarissa Masibin

 Umur     : 24 Tahun

 Ahli        : 2017

 

 

 

 

 

 

Bentuk Perniagaan Dan Latarbelakang

Cik Efarissa Masibin, 24, menjalankan perniagaan menjual pakaian terpakai (Bundle) secara online dan offline. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM. Disebabkan tidak ada pendapatan bulanan, beliau mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan bundle. Selain itu, keputusan yang diambil untuk menceburkan diri dalam perniagaan online ini juga atas dorangan dan sokongan dari keluarga.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, hasil jualan beliau kurang mendapat sambutan kerana beliau belum tahu bagaimana mengiklankan produk jualan kepada orang lain.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI

Setelah menjadi ahli, beliau tidak melepaskan keistimewaan yang diberikan sebagai ahli PI. Beliau selalu datang ke PI untuk mencari info-info tentang strategi penjualan produk. Selain itu, beliau juga mengikuti kelas keusahawanan dimana kelas tersebut banyak memberi pendedahan tentang trend perniagaan masa kini.

Selepas penglibatan PI, beliau telah memiliki page facebook sendiri untuk mempromosikan jualan bundle beliau kepada pelanggan di luar persekitaran beliau. Beliau juga menggunakan aplikasi Whatsapp dan Telegram dalam mempromosikan jualan bundle beliau. Dari sehari ke sehari, permintaan terhadap produk beliau semakin bertambah.