|
Nama : Puan Fatimah binti Amid Umur : 49 Tahun Ahli : 2019 |
Bentuk Perniagaan Dan Latarbelakang
Puan Fatimah binti Amid, 49, menjalankan perniagaan menjual kerepek. Antara kerepek jualan beliau adalah kerepek sira. Oleh kerana keinginan untuk menigkatkan taraf hidup keluarga dan ingin membantu suami, beliau telah mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan kerana kurang promosi dan hanya ahli keluarga terdekat yang datang membuat tempahan.
Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI
Setelah menjadi ahli, beliau telah mengikuti beberapa bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh PI. Bengkel tersebut memberi pendedahan kepada beliau bagaimana menjadi seorang usahawan yang berjaya. Selain bengkel keusahawanan, beliau juga mengikuti kelas komputer seperti microsoft excel. Beliau menggunakan microsoft excel untuk memudahkan beliau dalam pengiraan stok.
Selepas penglibatan PI, perniagaan kerepek beliau semakin maju. Tempahan kerepek semakin bertambah dari sehari ke sehari. Pelanggan beliau sudah semakin ramai dimana ada diantara pelanggan datang dari daerah lain.