Program inovatif ini merupakan satu inisiatif untuk menggabungkan elemen keseronokan dalam permainan dan penglibatan e-Sukan dengan modul pendidikan, bagi memupuk pemikiran strategik dan kemahiran kendiri. Ia juga bertujuan membangunkan semangat kerjasama berpasukan serta mewujudkan jaringan komunikasi antara peserta di seluruh Malaysia.
Kelas ini telah disertai oleh peserta Mobile Legends dari NADI Kampung Pinggan-Pinggan sebagai pendedahan awal untuk meningkatkan kesedaran tentang semangat kesukanan dalam permainan Mobile Legends sebelum pertandingan diadakan.

