|
Tarikh : 12 Disember 2023 |
|
Masa : 09.00 Pagi – 01.00 Petang |
|
Lokasi : PEDi Kg. Pinggan-Pinggan |
|
Peserta : 46 Orang |
Tujuan
Dengan menjalankan program seperti ini dapat membuka peluang PEDi menjalinkan hubungan baik dengan komuniti setempat. Kelas ini bertujuan untuk membantu para kanak-kanak untuk mengenali perkakasan komputer dan seterusnya belajar menggunakannya.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai asas perkakasan komputer. Mereka telah diajar langkah demi langkah menghidupkan komputer. Selain itu, mereka juga diberi latihan dan aktiviti bagi pendedahan kepada mereka menggunakan komputer.