mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Ogos 2019 – Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet

 Tarikh    :   25 Ogos 2019

 Masa      :   07.00 Pagi – 01.00 Petang

 Lokasi    :   Perkarangan Pusat Internet

 Peserta  :   128 Orang

 

Tujuan

Dengan menjalankan program seperti ini dapat membuka peluang PI menjalinkan hubungan baik dengan Sekolah, Agensi-Agensi Kerajaan & Swasta, NGO serta komuniti setempat. Program ini bertujuan memberi info kesedaran berkenaan dengan penggunaan internet dan media sosial melalui program klik dengan bijak. Selain itu, program ini juga memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti dan menggalakkan penggunaan aplikasi tersebut.

 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan pada program tersebut. Antaranya senamrobik bersama komuniti, pertandingan mewarna poster bagi kategori kanak-kanak, pertandingan menaip pantas bagi kategori belia, pertandingan origami bagi kategori terbuka dan pertandingan My Shop bagi usahawan PI. Selain itu, beberapa agensi telah membuat pameran dan taklimat seperti Pos Malaysia, OUM, Klinik Kesihatan Desa dan Usahawan PI. Klinik Kesihatan telah membuat pemeriksaan kesihatan seperti paras gula dalam darah, tahap tekanan darah dan BMI. Program tersebut telah dirasmikan oleh encik Sabran bin Amang (ADDO) daerah Pitas dan dihadiri oleh encik Nazaruddin bin Abu Bakar wakil TM HQ USP, encik Amir bin Ganing wakil MSD dan encik Ismail bin Yahya (Ketua Kampung Kg. Pinggan-Pinggan).

Gambar disini