|
Tarikh : 18 Oktober 2019 |
|
Masa : 09.00 Pagi – 12.00 Tengahari |
|
Lokasi : Bilik Latihan PI Kg. Pinggan-Pinggan |
|
Peserta : 12 Orang |
Tujuan
Dengan menjalankan program seperti ini dapat membuka peluang PI menjalinkan hubungan baik dengan komuniti setempat. Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tabika tentang persekitaran Pusat Internet.
Aktiviti
Murid-murid tabika diberi penerangan tentang persekitaran Pusat Internet. Selain itu, mereka juga diberi taklimat mengenai perkakasan komputer dan etika-etika melayari internet dengan betul. Mereka juga diberi peluang menggunakan komputer dengan melayari portal permainan dalam pembelajaran iaitu uptoten.com.