mcmc
Uncategorized

Makluman Penutupan Sementara Operasi NADI

Perhatian: Dimaklumkan bahawa NADI Kampung Pinggan-Pinggan akan ditutup pada 29 November 2025 bagi memberi laluan kepada pelaksanaan proses pilihan raya.

Pada hari tersebut, semua urusan dan operasi di premis NADI tidak akan dijalankan. Kerjasama serta perhatian daripada para pengunjung dan komuniti amat dihargai.

Selamat menunaikan tanggungjawab kepada semua pengundi. Jaga adab, utamakan keselamatan dan berhati-hati di mana sahaja anda berada.

Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.