Daerah Pitas terletak kira-kira 195 kilometer dari Kota Kinabalu dan 132 kilometer dari Kudat. Bersempadan dengan Daerah Kota Marudu di sebalah barat , Daerah Beluran dan Paitan di sebelah timur. Daerah Pitas diiktiraf sebagai sebuah Daerah Penuh pada tahun 1975 dan berkeluasan 141,935 hektar dan topografinya berbukit-bukau dan tanah rata.
Mengikut bancian penduduk pada tahun 2003, dianggarkan terdapat seramai 30,854 penduduk Daerah Pitas. Sekarang, dianggarkan lebih kurang 36,000 penduduk atau lebih. Suku kaum Sungai, Bajau, Suluk dan Obian adalah kaum bumiputera beragama Islam yang merupakan 48% daripada bilangan penduduk Daerah Pitas. Majoriti mereka tinggal di kampung-kampung persisiran pantai. Pekerjaan utama mereka adalah sebagai nelayan dan sebilangan kecil menjadi petani, selain berkhidmat untuk kerajaan dan swasta. Suku kaum Rungus, Kimaragang, Tambanua dan Sonsogon majoritinya bukan beragama Islam dan terdiri daripada 51% penduduk Daerah Pitas dan tinggal di kawasaan pedalaman Pitas yang mana kebanyakannya menjadi petani / peladang. Kaum Cina jumlahnya lebih kurang 10 buah keluarga dan tinggal di kawasan pekan. Kebanyakannya menjadi peniaga dan petani. Pada keseluruhannya, penduduk di daerah ini masih bergantung kepada sektor pertanian dan perikanan sebagai mata pencarian utama mereka.
Terdapat enam buah mukim iaitu Mukim Kalumpang, Pinggan-Pinggan, Telaga, Dandun, Pantai dan Mapan-Mapan, terdapat juga 133 buah kampung, 96 orang ketua dan 124 JKKK. Dan PI1M Mempakad Laut terletak di dalam Mukim Pinggan-pinggan .
(Sumber: Pejabat Daerah Pitas)