Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PI Kg. Pinggan-Pinggan sebagai pusat rangkaian komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PI sebagi pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:
e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
e-Pembelajaran (e-Learning)
Pengumpulan dan pertukaran maklumat
Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
Pusat peperiksaan dan persijilan.
Keusahawanan.