Bilis Pinggan Pinggan (BPP)

Ikan Bilis merupakan produk utama di Kg Pinggan-Pinggan, Pitas yang sangat asli dan bermutu. Faktor geografi kawasan perairan kg Pinggan Pingan ini la yang menentukan mutu dan kualiti ikan bilis ini. Kg. Pinggan-Pinggan ini terletak di kawasan teluk perairan daerah Pitas dan berada dibawah laluan Laut Cina Selatan. Hal ini menjadi satu keistemewaan bagi sepsis ikan bilis untuk mendapatan makanan dan nutrisi sama ada di kawasan teluk dan laut dalam. Dengan terdapatnya plankton yang berterusan di kawasan teluk hingga laut dalam ini memudahkan ikan bilis untuk mendapatkan sumber makanan tanpa putus untuk hidup dan membiak di kawasan ini. Seterusnya keadaan ini lah yang menjadikan BILIS KG. PINGGAN-PINGGAN itu adalah asli dan bermutu tinggi.
